ASSALAMUALAIKUM
Ok kalini Lola nak kongsi 5 Rahsia Terbesar bila kita solat di waktu tgh malam. Tengah malam tu pukul berapa?? mungkin ada yg tanya macamtu ok meh Lola beritahu ye.. tengah malam yg dimaksudkan Lola iaitu bangun 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 malam . .. ia bermula pada pukul 2.30 pg sehingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Ini dinamakan sebagai qiamullail. Hebatnya qiamullail ini kerana tidak ramai yang mampu bangun pada waktu ini untuk beribadah kepada Allah. Pada waktu ini juga turunnya Rahmat Allah SAW. dan ia amat sesuai untuk mengerjakan qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan ber zikir kepada Yang Maha Esa. Ini Lola kongsikan dengan korang atas apa yg Lola dah baca dan ini Lola begitaw..
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah qiamullail ini sangat digalakan. Qiamullail ini boleh dikerjakan secara berseorangan ataupun berjemaah. Dan Lola pernah terbaca satu buku ni katanya orang yg mengamalkan qiamullail akan diangkat darjatnya dan dihapuskan dosa-dosanya.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)
5 Rahsia Qiamullail
- Meghidupkan dan membuka mata hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s menemui hakikat ketuhanan yang sebenar,
- Dapat muhasabah kekuatan diri
- Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
- Dapat mendatangkan tumpuan dan kekhusyukkan.
- Menghindari sifat riak.
Apabila manusia mendekatkan diri kepada-Nya maka Allah mengatur dan menjamin kehidupannya. Ini antara firman-Nya :
“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”. (HR; Bukhari )
DOA QIAMULLAIL
DOA QIAMULLAIL
AMALAN QIAMULLAIL
Apabila beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebleum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
- 1.Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
- Disamping itu ber amal lah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, bersikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
- Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut :
- Solat Sunat Tahajjud
- Solat sunat Taubat
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir
KENAPA PERLU QIAMULLAIL ??
Apabila kita melakukan qiamullail ni, banyak fadhilat yg kita boleh dapat, n Yeah, dats the answer !!! :
- Sentiasa mendapat keredhaan dan pengawasan Allah
- Memudahkan menyeberangi jambatan Siratulmustakim.
- Saat yang sangat mustajab doa dimakbulkan Allah.
Maaf Lola tak banyak letak hadis mahupun ayat-ayat Al-quran kerana hamba Allah ni pun sedang belajar, jadi tak salahkan kalau diri ini ingin berkongsi ilmu kepada pembaca disana. Walaupun Lola tahu ia sudah menjadi amalan atau mungkin sudah diketahui umum tapi Lola tetap nak berkongsi. Pesan Lola kepada korang semua sekiranya kita ada melakukan qiamullail , yang utamanya!! janganlah korang sekali-kali menceritakan kepada orang lain. Ini cuma pesan ..kot la ada kat luar sana yg buat kan *jgn terasa ye dek non ni kok nasihat je* , bukan qiamullail je semua perkara kebaikan yang kita buat kat dunia ni, kita tidak boleh menceritakan kepada orang lain. kerana apa?? kerana ia akan jadi su'mah ataupun riak, so apabila seseorang tu bersikap sedemikian so kita phm2 jelah ye.. Lola tak berani cakap lebiih-lebih sebab Lola pon masih belajar, ini semua kerja-NYA. InshaAllah bila kita ikhlas beramal hanya niat kerana Allah semata-mata nescaya akan beroleh ganjaran pahala didunia mahupun diakhirat.
p/s : memotivasikan diri kita untuk bangun pada tengah malam bersujud kepada-NYA pada waktu sepertiga malam, insha Allah hidup kita akan lebih tenang dan bahagia. Niat dalam hati sebelum tidur dan sentiasa ingatkan diri kita nak bangun untuk melakukan qiamullai,, Insha Allah kita akan terjaga dari tidur. Jika Lola salah harap betulkan ye,Selamat Beramal :D


No comments :
Post a Comment