Wednesday 31 December 2014

UCAPAN - KISAH HATI + IMPIAN = TAHUN BARU BUKU BARU

ASSALAMUALAIKUM





Goodbye 2014, goodbye buku lama. Buku lama kau tunggu aku bakar kau, hmm hmmm ... Buku 2014 terlalu banyak kisah suka duka sedih lara simpati, meraung melalak hanya di buku 2014. Pada detik 12.00 a.m maka masuklah tahun baru 2015. Ya 2015,... bila masuk Tahun Baru azam mesti baru, jawapan cliche dari semua orang tidak terkecuali org yg tengah laju menaip untuk menghabiskan satu entry dan cepat-cepat tido, gitu ! bermula dengan kisah hati yang setiap insan ingin kan adalah

menjadi wanita yg solehah yg beristiqamah sehingga Jannah

mengharapkan hari hari esok yang mendatang akan ditempuhi dgn hati yg sabar dan tabah, inshaAllah !!

melakukan semua amalan dengan lurus dan beristiqamah tanpa ada simpang siuhnya


GOODBYE 


WELCOME


Selamat Tahun Baru Lola ucapkan untuk semua kenalan sahabat handai tidak terkecuali seluruh ahli keluarga. Semoga Tahun Baru ini menjadi tahun yg amat bermakna bagi kita semua setiap insan. Mengharapkan ada sedikit perubahan tak banyak sikit pon jadi lah tapi !!! Ke arah yg Lebih ELOK !!! dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, Mengharapkan juga agar Lola akan menjadi pelajar Ijazah Sarjana Muda yg berjaya mendapat selempang PINK, inshaAllah Aminnn... dan menjadi anak yg solehah dan juga terus kekal menjadi sahabat kepada insan yg bernama Saznoor Naziha Zaharudin.








Thursday 25 December 2014

Fatin Liyana Asri Tunang ??

ASSALAMUALAIKUM

Siapa sangka dalam diam akhirnya Fatin Liyana Asri atau lebih dikenali sebagai FL sudah pon bertunang pada 21 Dec 2014 yg lalu,, Lola ni selalu lambat update kan, haa sorry lerr al-maklum lah bila org dah start bekerja ni lappy nya letak tepi "PT" nya dtg ke tgh ehehheh.... Tahniah diucapkan kepada blogger yg famous dgn blog nya honeykoyuki@blogspot.com di atas pertunangan yg cukup cantik english style dan untuk pengetahuan semua, sebelum hari pertunangan FL telah dinobatkan sebagai Tokoh Srikandi Negara 2014, OMY!!! amazing, boleh tak korang bayangkan dengan hanya menulis blog, dgn jalan cerita yg disampaikan didalam blog dan akhirnya ya!! u deserve it !! FL u memang layak dan sangat-sangat layak, rezeki yang Allah turunkan kepada FL sangat-sangat murah. Andai one day Lola berpeluang berjumpa dengan FL, hanya satu yg ingin diperkatakan " FL, kita ni pelanduk dua serupa, yaa kita kene kumpulkan lagi 5org so da complete 7 " ok tak tak.. itu memain je, ye la mengikut kajian pengkaji manusia ni dekat dalam dunia ni ada 7muka serupa dgn kita tak totally 100% tapi iras tu ada.,.. tapi itu bukanlah ayat yg sebenar Lola nak cakap dkt FL bila dapat jumpa dia, just nak kata " Lola adore sgt dgn FL, muka da nak hampir sama mengharapkan Lola dapat jadi mcm FL. itu saja la, dpt 1 keping gmbr pon  ok what eheheh buat kngn spnjg hayat. Berbalik kisah Fl yg telah mendapat anugerah Tokoh Srikandi Negara tu Ya Allah, sangat-sangat beruntung, mana taknya harini kau dapat durian esok kau boleh pi Paris, haa tak ada kena langsung pepatah Lola ni, ahhaha tapi tak pa la, dok humban ke tong je la ye dok. So jom tgok gambar sekitar majlis pertunangan Dr. FL bersama Dr. Anwar Fazal = Dr. AFL, so sweet nya korang, pandai FL pilih pasangan yg sama padan dgn FL hmm... please invite me to ur weeding please.



i like ur dress sis, lawanya 


see i told u before tunang FL ni bukan calang-calang org, tgok kawan-kawan baik Dr. Anwar, perhh perhhh !!!

auww u ar so cute la sis :D

Because i love you FL, u layak dapat Dr. Anwar

Monday 15 December 2014

KESAYANGAN

ASSALAMUALAIKUM

Hallu, bicara tentang kesayangan hamba, yaa ofcoz la mcm korang saya pon ada kesayangan sy, im admit eventhough kita jarang sekali jumpa tapi saya tetap setia dengan awak ber3!! bermulanya dgn perkenalan kami hanya biasa-biasa di sebuah kedai milik kakak dari salah seorang kami, dari situ kami mula kenal dan terus kenal dan kenal. MEmandangkan kami umur sebaya, otak pon segila jadi kami lebih rapat la berbanding yang lain, dan mereka ini lah mcm dianggap family, walaupon tak nampak dimata kasar tapi percayalah jauh disudut hati yg dalam mereka ini la punca kekuatan saya sampai sekarang. Busy tak contact tak bermakna kami da lupa sesama kami, demi mngejar cita-cita kami, kami berusaha keras untuk berjaya. Saya sangat rindu kan mereka sangat sangat sangat. tak terkata sangatnya tu,, Macam canoe da biasa jumpa uma Lola tu memang tempat melepak tido buat taik segala macam, ehehhe cuma mygirl lg 2 org ni haa payah bebenau, maybe kne tunggu saya ada kereta atau slh seorang dr mereka ada kereta baru boleh bergerak.. Kami berjumpa mst naik public transport. Akhir kata, haa gitu kau akhir kata mak jemah nak cakap ni, saya rindu sangat sangat dgn korang ='(



bila nak jumpa lagi :'(



Rindu Teramat Sangat

ASSALAMUALAIKUM

Rindu yg sangat tak terkata, ya seriously tipu kalau tak ada yg terasa hati dengan mulut and gurauan mereka, tapi itulah yg dinamakan kenangan. Itulah asam garam bila kita belajar tentang hubungan sebagai kawan. Macam korang kat luar sana tipu la kalau kata korang tak pernah bergaduh dengan kawan-kawan korang kan. Even adik-beradik pon bertumbuk bertegang urat inikan pulak yg bukan darah daging kita sendiri lagi lah. Tapi percayalah, mereka tak pernah tak buat aku tak ketawa. Aku rindu gelak tawa kiteorg, kiteorg lepak keluar makan, mengutuk orang. Arghh !!!! RINDU !!!!!!!! TAK TIPU!!! nak mesej mereka semua,, aku sendiri tak pernah top up phone, nak whats app ponn tak ada phone canggih, yg ada phone baling buaya tak mati-mati tu je haa.. For me, even kami orang ni tak kenal lama, maksudnya kami start rapat and baik and gila-gila since memasing duduk kat Tun Teja bilik dekat-dekat. Seingat kita la kan, dua sem jugak lah kiteorg menggila bersama. and specialnya dyeorg ni, dgn dyeorg jelahh aku tunjuk pangai sebenar, garang, gila-gila, mngutuk org, bergosip semua, dyeorg jugak lah kdg-kdg jadi tempat aku meluahkan perasaan if aq tak puas ati dgn org org org yg ehem ehem tu la.

time suprises party for yard & fyda, sorry yard tak boleh bwk Ehem2 tu sbb aq da try tp dia sndri tak rpt dgn aq so juz boleh bwk utk fyda je :*



Behind this picture tell everythng yeah !! berjaya tq guyz tanpa korang tak berjaya jugak suprises utk MyBff :* bIG ThaNk to All of you

clebrate birthday wani dkt kedai pondok, ingat tak apa yg berlaku dkt wani, AHAHAHA

Yaa!! 5of you always make me smile, Always!!


time ni kononnya nak buat photo com tapi photo nya sikit menggila je lebih


girl nite * i can't remmber event apa for sure we still togther time ni

and i really appreciate seriez tak terkata, yaa Master Plan adalah my BFF tp tanpa korang tak berjadi jgk suprisesnya,, sampai tertelan bedak+airsabun dibuatnya.. eheh AWESOME!!


Friday 5 December 2014

Tatkala Aku

ASSALAMUALAIKUM


Tatkala aku didatangi sebuah cermin
Menampak kan sekujur wajah
Yang telah ku kenal dan sering ku lihat
Namun sgt pelik , sesungguhnya
Aku masih belum kenal siapa yg kulihat

Tatkala ku tatap wajah hatiku sering bertanya
Apakah wajah ini kelak akan diingati
Tatkala ku tatap mata, tangkai hatiku terus bertanya
Adakah mata ini akan terus menangis kerana insan itu.
Insan yang bernama KAWAN.

Tatkala ku tatap mulut
Apakah mulut ini akan lagi menanyakan
Adakah kesalahan yg membuatkan mereka
lupa pada diri ini berpunca dari aku.
Berapa banyak dusta yg sering mereka ucapkan

Berapa banyak...
Hatiku terus remuk
Dikala didengari janji palsu yg dilemparkan 
"kawan selama-lamanya"
Berapa banyak kata-kata manismu
Yang diucapkan untuk menipu ku

Tatkala ku tatap tubuhku
Aku masih tertanya-tanya
Apakah lagi yg mereka inginkan dariku
Tidak cukupkan kebaikan dan pengorbanan
Yang aku lakukan kepada mereka.
Masihkah ada aku diingatan mereka

Wednesday 3 December 2014

PROUD

ASSALAMUALAIKUM

Dengan satu perkataan "BANGGA" . Yes Lola bangga dengan kawan-kawan sekolah Lola yg dah berjaya, and i know your dream come true. Tahniah zaid, kalau dulu time sekolah Lola suka sgt buli dia, sebabnya dulu dia adalah kawan yg mulut nya boleh dikatakan sangatlah becok, dengan perangai lembutnya and now you totally change my mind, and i really proud of you friend !! macam member2 lain ah grade dr UPSI and now tgh nak mengajar dekat sekolah mana tah, sama jugak dengan izzati amek TESL dkt UNISEL dah jadi cikgu dekat satu sekolah rendah di KL. Sometimes Lola terfikir kawan-kawan rapat masa disekolah menengah dulu semua nya da tunjuk ura-ura menjadi orang yg berjaya bak kata orang tua-tua dah nampak masa depan tapi balik pikir macam mana pulak dengan masa depan Lola ye, hmm InshaAllah dengan izin-Nya Lola pasti berjaya dan lebih berjaya .So jom tengok video promo budak zaid ni,, ini promo masa dia buat event besar-besaran and menurut beliau ini adalah salah satu ujian yg ASWARA bagi. Lola tak tahu sangat budak-budak ASWARA ni.


Seperti Insan Biasa

ASSALAMUALAIKUM

Oh tuhan berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanmu,
Aku percaya ada hikmahnya
Disetiap dugaan yg ku terima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah saja aku tidak berdaya
Mengahrungi segala sengsara

Berapa kali harus aku terluka                                       
Barulah kan ku sedar
diriku tidak layak disamping mereka
Mengapa masih aku setia disisinya
Tidak ku mengerti tidak ku fahami

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyanyangi dan disayangi tiada duanya                     
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah aku

Monday 27 October 2014

Sing a Song

ASSALAMUALAIKUM




Best Part " Hang out"

ASSALAMUALAIKUM

Haa.. mahu bercerita lagi tentang jalan-jalan cari pasal, eheheh... meh Lola share dengan korang kat mana je Lola da terokai. I means not the whole world la kan, mana mungkin dgn duit yg sehinggit pon tak pernah lekat dlm purse ni inikan nak round satu dunia. But benda tu diluar jangkaan mana tau one day saya la org pertama yg dlm setahun sudah  round satu dunia. Hamekkkk!!! kaw! sekali tak pernah melancong sekali melancong non-stop jadi nya eheheh.. itu cuma imaginasi yg tinggi yg tidak boleh dikawal dengan kewarasan akal sekarang ni.


Part 1



Benda paling penting is habis je satu sem tu Lola dan besties akan cari tempat lepak baru kami. dan ini adalah salah satunya  Toy Museum. waktu ni kami sem 2, before balik KL tu lepak sini jap :) if im not mistaken ini adalah rancangan besties dgn abgnya merangkap family angkat Lola, im not really interested pada mulanya nak pi coz im imagine tempat ini sgt membosankan tapi when u berjalan masuk one word that can describe ur situation is AMAZING!! so Lola suggest kan u should try pi tempat ni, lagi yg ada anak-anak tu bawak la pasti mereka sukakannya. If u guys tak minat its ok tapi seriez Lola cakap Lola tak menyesal pi tempat ni, sebab tempat ni akan imagine kan kita time kita kecik-kecik dulu, anime2 yg kita suka semuanya ada, one the most important thing ada brg2 unik yg susah sgt nak jumpa sekrang. so conclusion nya this place the best and unique!!


Part 2

dan ini masa sem 3 Lola bersama besties pi rumah hantu yang tak berapa hantu tu, ahahahah

Dua tempat dalam satu masa Lola pi, rumah hantu tu dekat area bandar dah dekat sangat dengan kampung morten, n for ur information kampung morten ni tmpt lepak wajib!! tapi tak la selalu if dtg bandar memang singgah critanya, sebab tempat ni cool dgn barisan rumah yg sgt tradisional membuatku terpukau seolah-olah ternampak segunung tiket pergi melancong seluruh dunia, ahahahah..


 Part 3




Ini memang sangat amazing lagi-lagi kalau korang pergi dengan family perh, terbaik!!! tapi korang kena pandai guna facilities yg ada lah, kalau setakat try satu dua and yg lain dah penat takut gayat nasihat Lola baik tak payah pergi.. sebab if korang pergi tempat ni korang kena rajin menapak sikit even dengan berkaki ayam sekalipun, actually benda Lola tak plan nak pi pon tapi disebabkan ada assgmnt dekat sini so Lola n groupmate n also another one group pergi.. org kata sambil menyelam minum air.. yea laa takkan la kau masuk bayar mahal2 then snap2 picture n bla tanpa merasa semua tempat yg ada. arghh sgt mengecewakan jika da yg berbuat demikian..But not for me!! Lola memang menggunakan peluang sebaik-baik mungkin yelaa kita nak pi selalu memang tak la kan, tempat ni kalau pi bajet dalam 100 je, makan korang seludup bawak sendiri sudah,habis cerita :D tak silap Lola time ni kami ber8/10 berpakat memang nak save budget so kami amek yg package punya,, waterpark dengan cowboy tak silap, alaa lupa la ingatan da semakin lemah ehiks!!


PART 4




Haa ini korang mst tahu nama tempat ni kan KLCC,, tersergam indah dgn ketinggiannya yg Lola da lupa,eheks... :p,, Lola pergi dgn org yg  sama jgk la, eheheh... dia je yg setia dan gigih bawak sy ni kehulu kehilir untuk memenuhi kepuasan diri. we spend the whole day dkt sini, thanks ya budd!!


Thursday 23 October 2014

5 Rahsia Besar Solat Sunat di waktu Malam

ASSALAMUALAIKUM

Ok kalini Lola nak kongsi 5 Rahsia Terbesar bila kita solat di waktu tgh malam. Tengah malam tu pukul berapa?? mungkin ada yg tanya macamtu ok meh Lola beritahu ye.. tengah malam yg dimaksudkan Lola iaitu bangun 2/3 malam  atau sekurang-kurangnya 1/3 malam . .. ia bermula pada pukul 2.30 pg sehingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW.  Ini dinamakan sebagai qiamullail. Hebatnya qiamullail ini kerana tidak ramai yang mampu bangun pada waktu ini untuk  beribadah kepada Allah. Pada waktu ini juga turunnya Rahmat Allah SAW.  dan ia amat sesuai untuk mengerjakan qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan ber zikir kepada Yang Maha Esa. Ini Lola kongsikan dengan korang atas apa yg Lola dah baca dan ini Lola begitaw..


Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah qiamullail ini sangat digalakan. Qiamullail ini boleh dikerjakan secara berseorangan ataupun berjemaah. Dan Lola pernah terbaca satu buku ni katanya orang yg mengamalkan qiamullail akan diangkat darjatnya dan dihapuskan dosa-dosanya.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)

 5 Rahsia Qiamullail
  • Meghidupkan dan membuka mata hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s menemui hakikat ketuhanan yang sebenar,
  • Dapat muhasabah kekuatan diri 
  • Mewujudkan keikhlasan  dan kejujuran dalam beramal.
  •  Dapat mendatangkan tumpuan dan kekhusyukkan.
  • Menghindari sifat riak.
Apabila manusia mendekatkan diri kepada-Nya  maka Allah mengatur dan menjamin kehidupannya. Ini antara firman-Nya :

“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”. (HR; Bukhari )


DOA QIAMULLAIL



AMALAN QIAMULLAIL

Apabila beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebleum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.

  1. 1.Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
  2. Disamping itu ber amal lah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, bersikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
  3.  Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut :
  • Solat Sunat Tahajjud
  • Solat sunat Taubat
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir


KENAPA PERLU QIAMULLAIL ??
Apabila kita melakukan qiamullail ni, banyak fadhilat yg kita boleh dapat, n Yeah, dats the answer !!! :
  • Sentiasa mendapat keredhaan dan pengawasan Allah
  • Memudahkan menyeberangi jambatan Siratulmustakim.
  • Saat yang sangat mustajab doa dimakbulkan Allah.
Maaf Lola tak banyak letak hadis mahupun ayat-ayat Al-quran kerana hamba Allah ni pun sedang belajar, jadi tak salahkan kalau diri ini ingin berkongsi ilmu kepada pembaca disana. Walaupun Lola tahu ia sudah menjadi amalan atau mungkin sudah diketahui umum tapi Lola tetap nak berkongsi. Pesan Lola kepada korang semua sekiranya kita ada melakukan qiamullail , yang utamanya!! janganlah korang sekali-kali menceritakan kepada orang lain. Ini cuma pesan ..kot la ada kat luar sana yg buat kan *jgn terasa ye dek non ni kok nasihat je* , bukan qiamullail je semua perkara kebaikan yang kita buat kat dunia ni, kita tidak boleh menceritakan kepada orang lain. kerana apa?? kerana ia akan jadi su'mah ataupun riak, so apabila seseorang tu bersikap sedemikian so kita phm2 jelah ye.. Lola tak berani cakap lebiih-lebih sebab Lola pon masih belajar, ini semua kerja-NYA. InshaAllah bila kita ikhlas beramal hanya niat kerana Allah semata-mata nescaya akan beroleh ganjaran pahala didunia mahupun diakhirat.

p/s : memotivasikan diri kita untuk bangun pada tengah malam bersujud kepada-NYA pada waktu sepertiga malam, insha Allah hidup kita akan lebih tenang dan bahagia. Niat dalam hati sebelum tidur dan sentiasa ingatkan diri kita nak bangun untuk melakukan qiamullai,, Insha Allah kita akan terjaga dari tidur. Jika Lola salah harap betulkan ye,Selamat Beramal :D

Tuesday 21 October 2014

Suddenly

ASSALAMUALAIKUM

Suddenly, lagu ini menjadi feveret Lola kalau susah nak tido, ahah amek kaww ada penghibur dikala susah melelapkan mata gitu!! tapi actually lagu ni bukan boleh melelapkn mata ponn... sje gedik nak dengar sebab suka kan. ok so jom layan...








Thursday 16 October 2014

ex-roomate di U

ASSALAMUALAIKUM

Mereka-mereka ini lah yg pernah menjadi roomate Lola sepanjang Lola berada di UiTM ni, thank you so much sebab sudi layan kerenah sy masa kita dapat sebilik,, buruk baik Lola, cerewet ke pembersih ke, berdengkur ke mngingau ke korang yg pernah jd roomate Lola je yg tahu, n thank you sebab keep the secret apa yg berlaku antara kita if ada slh fhm ke bergaduh ke tak puas ati ke, korang tak pernah bgtaw kat org luar (ini yg Lola rasa la kan).. syg korang ketat2..ok kita start dari pre-com dulu ye,,


PRE - COM


 ok mereka ber3 ni la roomate masa dekat Tun Fatimah 4 org sekali tapi bila kena tuka kolej baru so yg atas pakai crmin mata tu roomate masa dkt Tun Hamzah dua org je so kami ber4 trpaksa terpisah , sama batch, lain-lain kelas cuma si tudung pink plain tu je haa sama kelas, :D


PART 1

 ini roomate masa duduk Tun Ali, sorang je sebab memang kolej baru duduk 2org je masa tu,,
budak Masscom sama kelas,sama kumpulan koko, sama group assgmnt.

PART 2


ok ini masa duduk dekat Tun Puteri, satu bilik 4org, tapi kadang- kadang tu member kiteorg iaitu besties Lola suka tido lepak bilik kami sebab dia kureng dgn kakak2 senior katanya,, budak Masscom sama batch sama level since part 1


PART 3  & PART 4


ok ini roomate saya masa dekat Tun Teja, dua sem dapat level atas sekali so satu bilik 2 org  heaven time tu, tapi macam biasa mesti ada tambahan, ehehe.. besties akan selalu mai bilik lepak tido sama.ni haa budak OM (office management) sama batch


PART 5

 Ini masa dekat Tun Teja jugak tapi kalini level satu, actually ada 4org satu bilik, tapi sorang lagi roomate Lola mcm tak wujud so kami tak berapa rapat sgt la, dats why Lola tak ada gmbr dia....semua ni budak masscom dan sama batch, yg hat atas tu sama kemana saja,sentiasa ada disisi, yg hat bawah tu sama kelas, pernah sama group assgmnt, 


PART 6


Yeah, ini adalah roomate Lola yg last bila Lola duk kat UiTM tu haa, Lola still dapat Tun Teja level yg sama masa Part 5 cuma bilik je bertukar serta roomate pon bertukar cuma sorang tu je haa tak bertukar, ekekek.... yg buat muka tu budak AD (art&design) and yg bwh kemeja jeans tu bdk Masscom part 3 sama baye kami

Salam Perpisahan " Pre-com"

ASSALAMUALAIKUM

7 hari berlalu tapi Lola masih dalam memori yg dulu, rindu akan kawan-kawan di UiTM, Bermulanya dengan mereka Lola masuk ke alam diploma, bermulanya dengan mereka Lola belajar erti kawan, salam perpisahan untuk geng-geng pre-com, nothng to say sebab banyak sgt kenangan manis yang kami wujudkan frankly speaking kelas H pre-com paling havoc, jalinan ukhwah sgt akrab antara kami, 





teman kemana sahaja time pre-com

half of them


ex-roomate