Monday 27 October 2014

Sing a Song

ASSALAMUALAIKUM




Best Part " Hang out"

ASSALAMUALAIKUM

Haa.. mahu bercerita lagi tentang jalan-jalan cari pasal, eheheh... meh Lola share dengan korang kat mana je Lola da terokai. I means not the whole world la kan, mana mungkin dgn duit yg sehinggit pon tak pernah lekat dlm purse ni inikan nak round satu dunia. But benda tu diluar jangkaan mana tau one day saya la org pertama yg dlm setahun sudah  round satu dunia. Hamekkkk!!! kaw! sekali tak pernah melancong sekali melancong non-stop jadi nya eheheh.. itu cuma imaginasi yg tinggi yg tidak boleh dikawal dengan kewarasan akal sekarang ni.


Part 1



Benda paling penting is habis je satu sem tu Lola dan besties akan cari tempat lepak baru kami. dan ini adalah salah satunya  Toy Museum. waktu ni kami sem 2, before balik KL tu lepak sini jap :) if im not mistaken ini adalah rancangan besties dgn abgnya merangkap family angkat Lola, im not really interested pada mulanya nak pi coz im imagine tempat ini sgt membosankan tapi when u berjalan masuk one word that can describe ur situation is AMAZING!! so Lola suggest kan u should try pi tempat ni, lagi yg ada anak-anak tu bawak la pasti mereka sukakannya. If u guys tak minat its ok tapi seriez Lola cakap Lola tak menyesal pi tempat ni, sebab tempat ni akan imagine kan kita time kita kecik-kecik dulu, anime2 yg kita suka semuanya ada, one the most important thing ada brg2 unik yg susah sgt nak jumpa sekrang. so conclusion nya this place the best and unique!!


Part 2

dan ini masa sem 3 Lola bersama besties pi rumah hantu yang tak berapa hantu tu, ahahahah

Dua tempat dalam satu masa Lola pi, rumah hantu tu dekat area bandar dah dekat sangat dengan kampung morten, n for ur information kampung morten ni tmpt lepak wajib!! tapi tak la selalu if dtg bandar memang singgah critanya, sebab tempat ni cool dgn barisan rumah yg sgt tradisional membuatku terpukau seolah-olah ternampak segunung tiket pergi melancong seluruh dunia, ahahahah..


 Part 3




Ini memang sangat amazing lagi-lagi kalau korang pergi dengan family perh, terbaik!!! tapi korang kena pandai guna facilities yg ada lah, kalau setakat try satu dua and yg lain dah penat takut gayat nasihat Lola baik tak payah pergi.. sebab if korang pergi tempat ni korang kena rajin menapak sikit even dengan berkaki ayam sekalipun, actually benda Lola tak plan nak pi pon tapi disebabkan ada assgmnt dekat sini so Lola n groupmate n also another one group pergi.. org kata sambil menyelam minum air.. yea laa takkan la kau masuk bayar mahal2 then snap2 picture n bla tanpa merasa semua tempat yg ada. arghh sgt mengecewakan jika da yg berbuat demikian..But not for me!! Lola memang menggunakan peluang sebaik-baik mungkin yelaa kita nak pi selalu memang tak la kan, tempat ni kalau pi bajet dalam 100 je, makan korang seludup bawak sendiri sudah,habis cerita :D tak silap Lola time ni kami ber8/10 berpakat memang nak save budget so kami amek yg package punya,, waterpark dengan cowboy tak silap, alaa lupa la ingatan da semakin lemah ehiks!!


PART 4




Haa ini korang mst tahu nama tempat ni kan KLCC,, tersergam indah dgn ketinggiannya yg Lola da lupa,eheks... :p,, Lola pergi dgn org yg  sama jgk la, eheheh... dia je yg setia dan gigih bawak sy ni kehulu kehilir untuk memenuhi kepuasan diri. we spend the whole day dkt sini, thanks ya budd!!


Thursday 23 October 2014

5 Rahsia Besar Solat Sunat di waktu Malam

ASSALAMUALAIKUM

Ok kalini Lola nak kongsi 5 Rahsia Terbesar bila kita solat di waktu tgh malam. Tengah malam tu pukul berapa?? mungkin ada yg tanya macamtu ok meh Lola beritahu ye.. tengah malam yg dimaksudkan Lola iaitu bangun 2/3 malam  atau sekurang-kurangnya 1/3 malam . .. ia bermula pada pukul 2.30 pg sehingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW.  Ini dinamakan sebagai qiamullail. Hebatnya qiamullail ini kerana tidak ramai yang mampu bangun pada waktu ini untuk  beribadah kepada Allah. Pada waktu ini juga turunnya Rahmat Allah SAW.  dan ia amat sesuai untuk mengerjakan qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan ber zikir kepada Yang Maha Esa. Ini Lola kongsikan dengan korang atas apa yg Lola dah baca dan ini Lola begitaw..


Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah qiamullail ini sangat digalakan. Qiamullail ini boleh dikerjakan secara berseorangan ataupun berjemaah. Dan Lola pernah terbaca satu buku ni katanya orang yg mengamalkan qiamullail akan diangkat darjatnya dan dihapuskan dosa-dosanya.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)

 5 Rahsia Qiamullail
  • Meghidupkan dan membuka mata hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s menemui hakikat ketuhanan yang sebenar,
  • Dapat muhasabah kekuatan diri 
  • Mewujudkan keikhlasan  dan kejujuran dalam beramal.
  •  Dapat mendatangkan tumpuan dan kekhusyukkan.
  • Menghindari sifat riak.
Apabila manusia mendekatkan diri kepada-Nya  maka Allah mengatur dan menjamin kehidupannya. Ini antara firman-Nya :

“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”. (HR; Bukhari )


DOA QIAMULLAIL



AMALAN QIAMULLAIL

Apabila beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebleum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.

  1. 1.Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
  2. Disamping itu ber amal lah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, bersikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
  3.  Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut :
  • Solat Sunat Tahajjud
  • Solat sunat Taubat
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir


KENAPA PERLU QIAMULLAIL ??
Apabila kita melakukan qiamullail ni, banyak fadhilat yg kita boleh dapat, n Yeah, dats the answer !!! :
  • Sentiasa mendapat keredhaan dan pengawasan Allah
  • Memudahkan menyeberangi jambatan Siratulmustakim.
  • Saat yang sangat mustajab doa dimakbulkan Allah.
Maaf Lola tak banyak letak hadis mahupun ayat-ayat Al-quran kerana hamba Allah ni pun sedang belajar, jadi tak salahkan kalau diri ini ingin berkongsi ilmu kepada pembaca disana. Walaupun Lola tahu ia sudah menjadi amalan atau mungkin sudah diketahui umum tapi Lola tetap nak berkongsi. Pesan Lola kepada korang semua sekiranya kita ada melakukan qiamullail , yang utamanya!! janganlah korang sekali-kali menceritakan kepada orang lain. Ini cuma pesan ..kot la ada kat luar sana yg buat kan *jgn terasa ye dek non ni kok nasihat je* , bukan qiamullail je semua perkara kebaikan yang kita buat kat dunia ni, kita tidak boleh menceritakan kepada orang lain. kerana apa?? kerana ia akan jadi su'mah ataupun riak, so apabila seseorang tu bersikap sedemikian so kita phm2 jelah ye.. Lola tak berani cakap lebiih-lebih sebab Lola pon masih belajar, ini semua kerja-NYA. InshaAllah bila kita ikhlas beramal hanya niat kerana Allah semata-mata nescaya akan beroleh ganjaran pahala didunia mahupun diakhirat.

p/s : memotivasikan diri kita untuk bangun pada tengah malam bersujud kepada-NYA pada waktu sepertiga malam, insha Allah hidup kita akan lebih tenang dan bahagia. Niat dalam hati sebelum tidur dan sentiasa ingatkan diri kita nak bangun untuk melakukan qiamullai,, Insha Allah kita akan terjaga dari tidur. Jika Lola salah harap betulkan ye,Selamat Beramal :D

Tuesday 21 October 2014

Suddenly

ASSALAMUALAIKUM

Suddenly, lagu ini menjadi feveret Lola kalau susah nak tido, ahah amek kaww ada penghibur dikala susah melelapkan mata gitu!! tapi actually lagu ni bukan boleh melelapkn mata ponn... sje gedik nak dengar sebab suka kan. ok so jom layan...








Thursday 16 October 2014

ex-roomate di U

ASSALAMUALAIKUM

Mereka-mereka ini lah yg pernah menjadi roomate Lola sepanjang Lola berada di UiTM ni, thank you so much sebab sudi layan kerenah sy masa kita dapat sebilik,, buruk baik Lola, cerewet ke pembersih ke, berdengkur ke mngingau ke korang yg pernah jd roomate Lola je yg tahu, n thank you sebab keep the secret apa yg berlaku antara kita if ada slh fhm ke bergaduh ke tak puas ati ke, korang tak pernah bgtaw kat org luar (ini yg Lola rasa la kan).. syg korang ketat2..ok kita start dari pre-com dulu ye,,


PRE - COM


 ok mereka ber3 ni la roomate masa dekat Tun Fatimah 4 org sekali tapi bila kena tuka kolej baru so yg atas pakai crmin mata tu roomate masa dkt Tun Hamzah dua org je so kami ber4 trpaksa terpisah , sama batch, lain-lain kelas cuma si tudung pink plain tu je haa sama kelas, :D


PART 1

 ini roomate masa duduk Tun Ali, sorang je sebab memang kolej baru duduk 2org je masa tu,,
budak Masscom sama kelas,sama kumpulan koko, sama group assgmnt.

PART 2


ok ini masa duduk dekat Tun Puteri, satu bilik 4org, tapi kadang- kadang tu member kiteorg iaitu besties Lola suka tido lepak bilik kami sebab dia kureng dgn kakak2 senior katanya,, budak Masscom sama batch sama level since part 1


PART 3  & PART 4


ok ini roomate saya masa dekat Tun Teja, dua sem dapat level atas sekali so satu bilik 2 org  heaven time tu, tapi macam biasa mesti ada tambahan, ehehe.. besties akan selalu mai bilik lepak tido sama.ni haa budak OM (office management) sama batch


PART 5

 Ini masa dekat Tun Teja jugak tapi kalini level satu, actually ada 4org satu bilik, tapi sorang lagi roomate Lola mcm tak wujud so kami tak berapa rapat sgt la, dats why Lola tak ada gmbr dia....semua ni budak masscom dan sama batch, yg hat atas tu sama kemana saja,sentiasa ada disisi, yg hat bawah tu sama kelas, pernah sama group assgmnt, 


PART 6


Yeah, ini adalah roomate Lola yg last bila Lola duk kat UiTM tu haa, Lola still dapat Tun Teja level yg sama masa Part 5 cuma bilik je bertukar serta roomate pon bertukar cuma sorang tu je haa tak bertukar, ekekek.... yg buat muka tu budak AD (art&design) and yg bwh kemeja jeans tu bdk Masscom part 3 sama baye kami

Salam Perpisahan " Pre-com"

ASSALAMUALAIKUM

7 hari berlalu tapi Lola masih dalam memori yg dulu, rindu akan kawan-kawan di UiTM, Bermulanya dengan mereka Lola masuk ke alam diploma, bermulanya dengan mereka Lola belajar erti kawan, salam perpisahan untuk geng-geng pre-com, nothng to say sebab banyak sgt kenangan manis yang kami wujudkan frankly speaking kelas H pre-com paling havoc, jalinan ukhwah sgt akrab antara kami, 





teman kemana sahaja time pre-com

half of them


ex-roomate




Wednesday 15 October 2014

Salam Perpisahan " Classmate"

ASSALAMUALAIKUM

Berat untuk berkata 'bye' berat lagi untuk mengucapkan selamat tinggal. Walaupun diantara kita ada sedikit jurang yang disebabkan salah faham, tapi Lola tetap syg korang, tanpa korang tak wujudlah satu kumpulan yg sering kali menjadi 'famous' dlm kalangan lecturer-lecturer Masscom... tanpa korang mungkin Lola akan belajar keseorangan. tanpa korang juga mungkin sebuah organisasi tak akan wujud, H sentiasa terpahat dihati. Betul kata org kalau dlm sesebuah organisasi tu mst lah ada pahit manisnya, dengan adanya perisa-perisa ini barulah organisasi ni akan terus teguh walaupun kita tidak nampak dengan mata kasar tapi jauh di sudut hati kita pasti akan merindui organisasi yg telah terbina sejak 16/11/2011 lagi.. tarikh keramat dimana jejaknya ahli-ahli organisasi ini melangkah masuk ke UiTM dengan satu harapan untuk memperolehi segulung diploma. Thank you kepada semua yang masih setia dengan organisasi ini, walaupun sepanjang 3tahun perkenalan kita, ada saja drama yang sering kali di pra tonton kan tapi kita tetap teguh bersama didalam satu organisasi yang sama.






Salam Perpisahan " Geng Meliar vs Groupmate"

 ASSALAMUALAIKUM

Perpisahan ini amat berat untuk dilafazkan, sering ku keluh agar cepat masa berlalu kerana tidak sanggup untuk melayan setiap kerenah mereka tapi tanpa mereka aku mungkin akan keseorangan. Mereka groupmate Lola yang paling awesome, sentiasa buat diri ni nak memaki hamun dek perangai memasing, sentiasa buat diri ini rasa menyampah dengan layanan mereka. tapi buruk baik mereka pon mereka tetap groupmate, calssmate yg sgt banyak kngn pahit manis lawak masam semua la dengan mereka,, Diri ini sering kali tertanya-tanya tanpa mereka boleh kah aku hidup dalam kelas yg serba hmmm.... tanpa mereka bolehkah result. report Lola terus bergerak, tanpa mereka bolehkah satu kerja yg sgt berat itu akan terhasil... Thank you so much being myfrend, being myclassmate n groupmate yg paling setia dgn Lola, thank you so much, buruk baik korang, korang tetap kawan diploma yg bagi banyak kenangan. TQ again



groupmate = classmate



Thanks guys sebab terima Lola n dekwa masuk dlm group korang dah nak akhir2 sem baru kita semua rapat, thank you so much !!! :*



thank you sbb setia jd groupmate Lola dr part 1 lg :*

Dan ini saat-saat akhir, sebelum Lola berangkat balik depa yg dikenali geng "meliar xoxo" mai ramai-ramai pi bilik Lola utk salam utk terakhir kalinya.. p/s: canoe je takde dlm gmbrnya sbb dia free hair on dat time.




Monday 6 October 2014

Soal Hati

ASSALAMUALAIKUM


"people would hate you without getting to know you, even though  they know you so much, its not tell they can accept what you do what you have. So learn to accept the truth", haa gitu kaw !! apabila Lola berbicara. Susah kan nak puaskan hati semua pihak, buat itu tak kena buat ini tak kena, lepastu paling tak suka bila dok protes dan kita tak tahu apa kesalahan yang kita buat. Satu hari tak cakap dengan kita, kita pulak yang jadi serba salah. Nak tegur kang nanti tak dijawab tak tegur kang sampai bila tak tahu apa puncanya. Kita sebenarnya kena sedar kenapa orang tak suka kita kenapa orang benci kita sangat-sanngat *upss sorry kalau ada yg terasa* statement ni bukan untuk anda yang membaca tapi ini atas pemerhatian yang Lola tengok. ok back to story.. Walaupun kita rasa diri  kita ni dah betul tapi sebenarnya banyak kesalahan yang kita buat yang kita sendiri tak nampak. Mungkin kadang-kadang tu kita ni buat baik tapi orang tetap tak suka kita ye dak, haa itu Lola tak tahu la nak cakap macam mana hanya berdoa agar dilembutkan hatinya supaya dia punya perasaan benci tu hilang. Kalau Lola la da tahu orang tu tak suka kita Lola da tak boleh rapat dengan orang tu bukan apa rasa kekok la, kita buat ni kang tak kena kita buat itu kang tak kena kat matanya.  Ini akan jadi awkward moment atau kau tahu orang tu tak boleh masuk dengan kau. haa gitu kalau bahasa 'kasaknya'. I love when the people call me 'ti' *ini namanya iklan sebentar* haa jelas ketara patut orang tak suka sy ni sbb gedik je memanjang #eh  silap satatement ni ahahah.. nothing to say la skrg ni hati tgh remuk gitu kaw!! continue nnt

Saturday 4 October 2014

SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM


hallu everybody, gitu kaw !! siap ber halu2 lagi, ehehe... ni Lola nak amek mood sedih la, memandangkan sem untuk diploma pon da nak berakhir, so da tiba masanya nak menyampaikan amanat2 yg ingin disampaikan *nk muntah pi muntah sekrang* ehehe apa la Lola ni xde benda lain ke nak cerita, eh suka ati 'aq' la blog aq haa gitu kesat bahasa kau nokk,, so special to lovely besteverfriend ni kau kne dgr lagu ni sambil baca wasiat kami na :D psstt ni utk y rasa diri tu,siapa?? awaklah yg tgh baca yg anggp sy ni SAHABAT awk, haa baca ni !!



Sahabat,
aku mengenali dirimu saatku kehibaan,
saat itu aku bersandar dibahu kehidupanmu,
menumpang kasih, berkongsi kecerianmu.

Sahabat,
saat itu pelangi senja tiba
 tanpa ku duga warnanya..
adakalanya pudar adakalanya indah,
namun kau teguh berdiri tanpa lelah,
menghibur saat gundah,
mencipta mekar bunga kehidupan.

Sahabat,
masih ingatkah engkau,
waktu kita dicemuh oleh orang disekeliling kita,
engkau sentiasa datang disisiku
 sambil berkata " biar org fitnah kita janji Allah tahu siapa kita".

Sahabat,
saat ini pula terus berganti dan berganti,
meninggalkan sisa mesra,
memerangkap waktu antara kau dan aku.
Aku sangat takut untuk ditinggalkan,
sangat takut untuk berjauhan,
kerna aku takut tiada lagi sapaan mengusik manja darimu,
aku takut kehilangan watak dan tawamu
yg dulunya mengerti rasa.

Namun aku sedar,
apabila waktu menjengah usia
kita perlu berjauhan untuk mencapai cita-cita sendiri,

Sahabat,
suatu hari nanti akan ku rindukan saat itu,
maafkan aku atas segala duka,
dan bukan niatku mengutus rasa,
sekadar ingin bicara bahasa,
mengisi ruang kenangan antara kita.



Friday 3 October 2014

24 tahun ?? dapat Dr Falsafah ???

ASSSALAMUALAIKUM

   
Haa... ni Lola nak habak mai ni, korang pernah terpikir tak dalam usia korang yg skrg ni esok lusa akan dtg apa yg korang jadi?? kalau pernah tu Alhamdulillah la ye , kalau tak pernah tu pernah-pernah kan la ye dek non ye, tengok macam Lola nak cite sat lagi ni, korang pernah terpikir tak selama ni Dia belajar mcm mana, sampai boleh ke tahap yg org kata WOW!! GEMPAK DOH !!  kita sendiri pon tak boleh nak tanding dia ye dak, ni haa cakap pasal org cer tengok sikit diri tu *sambil tarik cermin bawa ke muka* 5hari je lg tingglnya nak paper lpastu tamat da zaman Diploma nya dek non oiii, itupon dlm usia 21 TAHUN dek non oiii,, cer tengok dia umur 21 da buat apa, malu la sikit oiiiiii, hmmpphh

    Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anakkedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.

         Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.

    Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.  Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali, objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.

        Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

       Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

     Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.


Sumber dari : http://halhaldunia.blogspot.com/

Malas arhhhhhhhh

Hey, ini memang citenya buang masa haishh susa la kalau diri sendiri tak de usaha macam mana nak majukan diri, macam mana nak dapat DL lagi if perangai still tak insaf-insaf lagi, come on Lola !! nak kena buat mcmni ke 



Lola jangan la buang masa, actually bercakap dengan org senang tapi untuk bercakap untuk diri sendiri sebenarnya sgt lah susah pucuk pangkal diri sendiri. DIRI SENDIRI !!!  lg 5 hari je kot kalau tak sedar diri, better pi panjat tu tiang elektrik tu lepastu terjun.